Srk's

Sabtu, 05 April 2014

Untukmu

Untukmu, yang pernah singgah di hatiku, dan kini menjadi sebahagian daripada masa laluku. Maafkan aku, atas semua kebodohanku, yang pernah mengagumimu, yang pernah membiarkan perasaan ini berkembang, sehingga kau pun dengan mudah menyusup ke hatiku, menyemai benih-benih harapan dan janji, di atas nama cinta yang seharusnya belum layak tumbuh dan berkembang di sana..Ya Allah..tolong maafkan khilafku. 

Maafkan kebodohan hatiku, yang begitu mudah percaya semua yang kau tuliskan di atas sehelai janji, dan ketika ini janji-janji itu kau hapuskan begitu saja. Hatiku yang serapuh kaca in berkecai, pecah dan menjadi kepingan-kepingan luka dan kecewa.

Namun dengan sisa-sisa kekuatan yang ada, aku kumpulkan serpihan itu dan meletakkannya di dalam hati ini, menyimpan dalam lautan doa dan istighfar atas kesedaran akan semua kuasa dan ajaran-Nya, membuatku tahu bahawa janji itu belum layak hadir di antara kita, kerana kau TIDAK LAYAK untuk mendapatkan izin untuk menulisnya, selain sekirannya apabila kita telah berikrar di atas ''AKAD NIKAH''.

Namun kini, semua kesalahan itu telah mampu kutebus, InsyaAllah. Aku kini mampu mengusir bayanganmu dari lubuk hatiku ini. Meskipun tak dapat kunafikan bahawa hadirmu kedalam hidupku pernah menjadi sebahagian memori terindah dalam hidupku, kerana dengan kehadiranmulah aku mampu menyedari kebodohanku, dan dengan hadirmulah aku mampu membaca kembali apa yang telah di ajarkan-Nya. Dan dengan hadirmulah, aku dapat membezakan mana yang boleh, mana yang jangan, dan mana yang belum layak kuraih.

Kini, yang ada adalah rasa syukur kerana pernah mengenalmu di masa laluku, meskipun aku telah mampu mengantikan hadirmu di masa lalu dengan hadir-NYA, namun harus aku ucapkan “ Terima Kasih” padamu, keranamulah aku mencari dan merasakan indahnya CINTA yang sudah di ajarkan-NYA. yaitu ALLAH,Cinta sejatiku.

“Kerana terlalu banyak HIKMAH yang kudapat saat kau hadir dan berlalu dalam kehidupanku.” Terima kasih, Allah..^^

Tidak ada komentar:

Posting Komentar